KATA KATA MUTIARA
Kita lahir dengan otak di dalam
tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap
kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran
kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih
berharga daripada emas dan perhiasan. Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga,
tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat
tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal
lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin
tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. Kamu dapat mengenal lebih banyak
tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari
jawapan-jawapannya. ~ Voltaire Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal
apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. Lebih baik tidur
dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. ~ Anonim
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang
terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. ~ Pepatah Arab
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu. Sabar adalah jalan
keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar. Kepala yang tidak
mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela. ~
Napoleon Bonaparte Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang. Reaksi emosi jangan dituruti kerana
implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Masa depan itu dibeli
oleh masa sekarang. ~ Samuel Johnson Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh
musuh. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Pengecut
mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. Lombong
emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur M.H
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja
yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu
masa yang ditinggalkan. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang
kewibawaannya. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.. Keikhlasan itu
umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Kebanyakan orang membuang banyak masa dan
tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya. Harta
yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Apabila kepercayaan telah hilang
lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. ~ Whittier
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut,
tetapi mampu melantun kembali. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Biarpun jalan itu panjang, kita
akan merintisnya perlahan-lahan. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya
kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse Sebaik-baik orang yang
diberi nasihat ialah penguasa. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang
ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Berfikir sejenak, merenung masa lalu
adalah permulaan yang baik untuk bertindak. Ambillah waktu untuk berfikir, itu
adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari
masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan
hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu
untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. Orang yang hebat bertindak
sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. Tidak penting
bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya. Sekali anda
terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.. Orang yang paling mampu menguasai
dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya. Tiap-tiap sesuatu, apabila
banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga. Manusia tidak
merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel Jangan
sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang
tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang-orang yang paling
berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha
menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Barangsiapa
menanam, dia yang akan menuai.. Reputasi anda ialah apa yang orang lain
fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda. Sifat
peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan. Apa yang anda fikirkan mengenai
diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri. Jangan serahkan sesuatu yang
penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib. Teman manusia yang sebenar
ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. Memohon doa kepada Tuhan
adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup
manusia. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
~ Mognon Me Lauhlin Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.. Jika
anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab Sebuah pedang diketahui
keampuhannya sesudah memotong. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
~ Charles Cahier Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. Memang
amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat
sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. ~ Said
Mustafa Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.. Jadikan
sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan,
pasti akan menghasil kecemerlangan. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~
Peribahasa Cina Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara. Jika
kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. Ada dua cara seseorang itu tidak
boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang
yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. Keberanian yang sebenar ibarat
layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya. ~ John Petitsenn Tiada manusia yang berjaya dalam
semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh
kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu
terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. ~ Joseph Conrad Kesusahan
tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. Jangan lihat
apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah
potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai
alasan yang menyebabkan kemundurannya. Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat
anda panjat dengan tangan di dalam poket. Merasakan diri lemah adalah titik
untuk memajukan diri. Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang
membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai. Jadikanlah masa yang
berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi
dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan. Berfikir
sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu
kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan. Ilmu itu didapati dengan
lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir. Kita menilai diri
sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan
apa yang telah kita buat. Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan
sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat
secara sedar atau tidak sedar. ~ Barbara Hall Sokong mereka yang kuat, galakkan
mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka
yang menentang. ~ Whitney W Young Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan
yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~
Dr. Mahathir Mohamad Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu
sedikit. ~ Allen Tate Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam
bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi
bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.
Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa.
Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini
menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan. Orang yang
bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Terdapat banyak
kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara
iaitu USAHA. Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan. Pengalaman ialah gelaran yang
diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka. Kebodohan ialah
kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai. Gunakan
akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. Anda tidak akan berjaya
menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. Jika anda
berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah
untuk menaiki tangga tersebut. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan
kehidupan anda dan lupakan masa silam. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang
yang sedang bersabar. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada
menuding kesalahan kepada pihak lain. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu
menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.
Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa
depan. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan......... Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya ~ Hamba Allah Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam
hidup sampai kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah Kebijaksanaan menjanjikan
kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan
penderitaan. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
~ Albert Camus Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah
batinnya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille Jangan
biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke
pelabuhan. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib
menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun Kesempatan yang
kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar. Hidup memerlukan
pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan
ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa
diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal. Perbezaan antara
orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang
dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. Bukti yang paling jelas
tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan
apa yang ia mahu dengan secara ringkas. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi
oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling
berkesan. Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang
yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang
lebih bawah daripadanya. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan
rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. Jangan memandang ke bawah
(untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan
sahaja yang akan menemui jalan sebenar. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang
hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran
serta tingkah lakunya. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Akhlak
yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan
tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B. Munabin Bangsa penakut tidak
boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat
curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin Bangsa yang tidak percaya kepada
kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu
bangsa merdeka. ~ Soekarno Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan
adab dan budi pekerti ~ Hukama Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin
dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya ~ Confucius Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,
tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln Agama
tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~ Albert Einstein Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. ~ La
Roche Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. Kita mesti
pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok
kita masih diberi peluang. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius Orang yang berani
tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan
perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl
P.J Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih
tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. Sekiranya seorang manusia dipanggil
sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo
melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis
puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang
terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal
seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan
baik sekali. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak
pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai
matlamatnya. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu
kerja dan bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan Seseorang yang melakukan
kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~
Confucius Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan
memulainya sesudah tua seperti menulis di air. Harta akan habis digunakan tanpa
ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Sampan tidak
akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. ~ Pepatah
Arab Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. ~ Lao Tze Awal mula
pohon ialah benih.. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup
belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. Saya
percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari
ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Lidahmu adalah
bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau
membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. Jangan sesekali menggadai
prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan. Orang yg paling berkuasa
adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri. Setiap manusia adalah arkitek
kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa
dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu
untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri. Jangan
lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu
dengar. Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan. Kalau kita melakukan semua yang kita
upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya. Semulia-mulia
manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan
tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~
Khalifah Abdul Malik bin Marwan Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan,
nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan
berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini. Fikirkan hal-hal yang
paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi. Dunia ini tiada jaminan
melainkan satu peluang. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa
yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan
pergi. Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan
akan menjadi milik anda. ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds) Komunikasi adalah
sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan
perkataan yg mudah. ~ T.S Matthews Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang
gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang
tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup
bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk
membetulkan kesilapannya. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan
dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Doa
memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi
percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Sungguh benar
bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi
sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki
sampai kita mendapatkannya. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.
Bila-bila masa ia akan pecah. Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan
keutamaan hati ialah keberanian. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan
daripada usaha yang besar. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi
manusia yang selalu mengecewakan agama. Tidak lurus keimanan seseorang kecuali
jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. ~
Khong Hu Cu Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi
dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang
dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang. Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti
ilmunya ialah ucapannya. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk
perkara-perkara besar. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada
dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah
ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Setitik
dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. Semulia-mulia manusia
ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul
Malik Marwan Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir,
tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya. ~ Voltaire Kita lahir
dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke
belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita
dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
@